Sabah benar solat Aidiladha, ibadah korban dengan SOP ketat

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri Sabah membenarkan solat sunat Aidiladha ditunaikan di masjid dan surau dengan syarat para jemaah telah lengkap menerima dua dos vaksin Covid-19.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Masidi Manjun berkata, kapasiti yang dibenarkan adalah satu pertiga daripada keluasan dewan utama solat atau 50 orang jemaah.

Selain itu katanya, ibadah korban juga boleh dilaksanakan bermula 10 Zulhijjah, iaitu pada Hari Raya Aidiladha dan tiga hari Tasyrik dengan pematuhan beberapa syarat.

“Antaranya ia dibenarkan kecuali bagi kawasan yang diisytiharkan berada bawah perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD).

“Bagaimanapun ini bergantung kepada kelulusan pihak berkuasa negeri atas nasihat Kementerian Kesihatan dan MKN,” katanya dalam taklimat harian perkembangan Covid-19 di Sabah di sini, semalam.

Sementara itu Masidi berkata, terdapat beberapa lokasi penyembelihan yang dibenarkan iaitu rumah penyembelihan ruminan swasta yang berlesen, masjid, surau, serta kawasan lapang seperti balai raya dan dewan yang bersesuaian dengan kebenaran pihak berkaitan.

Katanya, permohonan untuk menjalankan ibadah korban di lokasi lain perlu dibuat lebih awal kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar.

Menurut Masidi, bilangan haiwan sembelihan di masjid dan surau tidak dibenarkan melebihi lima ekor sehari, kecuali bagi kambing, 10 ekor.

“Bagaimanapun pengecualian bilangan haiwan ini diberikan jika diproses di rumah penyembelihan yang dibenarkan,” katanya.

Jumlah petugas untuk aktiviti penyembelihan juga haruslah tidak melebihi 20 orang sehari dengan syarat sihat tubuh badan dan lengkap menerima dua dos vaksin. – FMT

oleh Willie Jude

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: