Saya tak akan lupa ‘yang baik mahupun yang buruk’, kata Tony Fernandes

PETALING JAYA: Pengajaran terbesar dipelajari oleh pengasas bersama AirAsia, Tony Fernandes daripada krisis Covid-19 adalah mengetahui siapakah rakannya, iaitu mereka yang tidak akan dilupakannya.

Katanya dalam program Breakfast Grille di BFM semalam, rakan-rakan ini bersifat kedua-dua positif dan negatif.

“Anda tahu siapa rakan anda. Kami tidak akan pernah lupa bagaimana kami dilayan individu tertentu, syarikat tertentu.

“Rakan kongsi yang hebat adalah mereka yang bersama anda dalam waktu sukar. Ada rakan kongsi yang meraih keuntungan besar daripada anda selama 19 tahun, kemudian meninggalkan anda dengan begitu cepat, mula mahu menyaman anda, menghantar notis.

“Saya akan terus ingat mereka walaupun saya sudah terkubur. Saya akan ingat mereka yang mempertahankan kami. Saya bukan sahabat hanya pada waktu senang,” katanya.

Memuji 90% daripada penumpang yang memilih untuk menyimpan wang mereka dalam akaun kredit AirAsia berbanding menuntut bayaran balik, Fernandes berjanji akan mengembalikannya, walaupun tidak dapat memberi tarikh tepat.

Sokongan terbesar katanya, adalah daripada penumpang yang cukup memahami untuk memberi mereka peluang meneruskan kelangsungan.

“Kami menghargai mereka yang berkata, ‘Jangan risau, AirAsia, kami mahu anda meneruskan kelangsungan, kami akan guna kredit nanti’. Ini termasuk mereka yang juga sedang bergelut dan sangat mengagumkan bahawa 90% daripada mereka bersetuju.

“Saya tidak mempunyai pemegang taruh dermawan yang boleh menambah dana dan mengembalikan wang (penumpang). Kami perlu bersikap realistik terhadap kebolehlangsungan kami sekarang,” katanya.

Beliau berkata, wang “tidak tumbuh di pokok” dan jika semua penumpang mahu wang mereka kembali, syarikatnya akan gulung tikar. AirAsia, tambahnya, turut mempunyai banyak wang dihutang kepadanya, termasuk USD200 juta (RM800 juta) dengan Airbus.

“Saya mahu batalkan tempahan dan dapatkan wang saya kembali. Saya ada wang terikat merata-rata. Kami bersikap telus dan terbuka, saya telah menerima kecaman, kami menjawab soalan, tiada yang setelus kami,” katanya.

Fernandes berkata, kredit AirAsia boleh digunakan untuk makanan, penginapan hotel dan pembelian barang dapur, sambil menambah, ini akan dapat dilakukan dengan ekosistem baharu AirAsia.

“Kami juga berterima kasih kepada syarikat pajakan dan pemiutang lain yang menyokong AirAsia, termasuk segelintir bank, mereka sangat mengagumkan,” katanya.

Menegaskan bahawa model perniagaan penerbangan kos rendah masih berdaya maju walaupun berdepan kemunduran akibat Covid-19, beliau mengakui tidak menyangka pada Februari 2020 bahawa AirAsia masih tidak boleh melakukan penerbangan pada Jun tahun ini.

“Saya sangka saya dah lihat semuanya, setiap krisis. Jadi sesiapa yang berkata mereka telah bersedia menghadapi Covid-19 hanya bercakap kosong,” katanya, sambil menambah, mempunyai wang yang lebih sentiasa dapat membantu. – FMT

Oleh K. Pakaran

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: