Azab sarung PPE ketika panas terik

Kuala Lumpur: Cuaca panas dan terik sejak beberapa hari lalu menjadi cabaran terbesar bagi puluhan anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) yang perlu memakai kelengkapan pelindung diri (PPE) sepanjang bertugas di Perumahan Awam Desa Rejang di sini.

Difahamkan rata-rata mereka perlu memakai PPE sekurang-kurangnya lima jam sehari sepanjang penugasan di zon merah itu yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula Jumaat lalu.

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Wilayah Persekutuan, Kolonel (PA), Effendy Ali berkata, ketahanan fizikal yang tinggi diperlukan petugas APM dan pelbagai agensi yang menyelia lokasi dihuni hampir 12,000 penduduk itu.

Beliau berkata, pemakaian PPE menyebabkan petugas akan merasai haba panas menjangkau 40 darjah celcius berikutan bahagian luar tubuh ditutupi penuh lapisan plastik PPE.

“Pakaian PPE ini digunakan bagi mengelak penyebaran jangkitan Covid-19 kepada petugas APM dan lain lain agensi yang bertugas di lapangan.

“Ia ibarat berada di dalam sauna terutama ketika mereka ini perlu bergerak untuk menghantar bekalan makanan kepada penghuni yang menjalani PKPD.

“Sehingga semalam, seramai 28 anggota APM perlu membuat penghantaran bakul makanan ke 1,328 unit rumah di 6 blok Perumahan Awam Desa Rejang di sini,” katanya turut bekerjasama dengan petugasan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Rela, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Majlis Keselamatan Negara (MKN), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Bomba dan Penyelamat, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) serta Jabatan Penerangan Malaysia (Japen).

Menurutnya, APM juga perlu mengemaskini laporan harian untuk pelaporan sekretariat kepada pihak pengurusan APM.

Sementara itu salah seorang anggota APM, Sarjan Adi Putra Johari, 46, mengakui berdepan pelbagai cabaran ketika mengendalikan keperluan penduduk di lokasi PKPD itu.

Dia yang sudah 20 tahun berkhidmat dalam APM pernah ditugaskan di PKPD Pasar Borong, Kuala Lumpur sebelum memikul tugasan di PKPD Desa Rejang.

Menurutnya, dia perlu memastikan anggota APM di bawah seliaannya bersedia dari segi kesihatan serta mengutamakan keselamatan dan disiplin anggota.

Sumber : BH Online

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: