Hilang kepercayaan MP cerita kartun, kata Zahid

Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi menolak dakwaan bahawa 25 anggota parlimen Umno telah hilang kepercayaan terhadapnya.

Zahid menyifatkan tuduhan yang dilemparkan oleh Ahli Parlimen Padang Rengas Nazri Aziz sebagai cerita ‘kartun’

“Hilang kepercayaan kepada MP lain ? Cerita kartun,” katanya seperti dipetik Utusan Malaysia.https://697bd86f06e09cfc728029072ccb188e.safeframe.googlesyndication.com/safeframe/1-0-38/html/container.html

Semalam, Nazri memberitahu Malaysiakini bahawa majoriti 42 anggota parlimen BN telah hilang kepercayaan terhadap Zahid selaku pengerusi gabungan itu.

Dia berkata, 25 ahli parlimen BN telah menandatangani akuan bersumpah (SD) sebagai ‘mandat’ kepada Menteri Luar Hishammuddin Hussein sekiranya ahli parlimen Sembrong itu dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Agong.

Nazri mendakwa Zahid telah memberikan maklumat yang mengelirukan kepada Agong bahawa Ahli Parlimen BN menyokong (Presiden PKR) Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri.

Katanya, dia hilang kepercayaan kepada Zahid setelah mengetahui bahawa Al- Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah berkenaan untuk menerima menghadap ketua-ketua parti politik.

Pada Oktober tahun lalu, Zahid didakwa mengutuskan surat kepada Yang di-Pertuan Agong dengan menyatakan sokongan terhadap Anwar untuk menjadi perdana mengteri.

Pejabat Zahid mendakwa surat itu palsu, namun bekas Setiausaha Agung Umno Annuar Musa mengatakan sebaliknya.

Majlis Tertinggi Umno dan Perhimpunan Agung parti itu menegaskan pendirian  untuk tidak menyokong Anwar sebagai perdana menteri.

Namun, timbul spekulasi bahawa Anwar telah menyerahkan kepada Agong senarai 115 anggota parlimen yang didakwa menyokongnya untuk menjadi perdana menteri semasa menghadap baginda pada 9 Jun lalu.

Sementara itu, pejabat Hishammuddin menafikan  bahawa Ahli Parlimen Sembrong itu menulis surat kepada Yang di-Pertuan Agong yang mendakwa dia mendapat sokongan BN untuk menjadi perdana menteri yang baru.

Sumber : Malaysiakini

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: