Tangan yang meminta jangan dilupa, Tangan yang memberi jangan diingat.

Sistem sokongan sukarelawan berbentuk bantuan tenaga kerja dan pengurusan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) adalah sesuatu yang amat membanggakan. Tanyakan sahaja pada mereka yang sudah mendapatkan vaksin, pastinya mereka akan memuji segala aspek pengurusan di PPV yang sangat baik dan teratur. Keadaan ini ditambah baik lagi dengan kehadiran pasukan sukarelawan yang datang dari pelbagai latarbelakang umur, kaum dan agama. Semuanya menzahirkan diri untuk membantu negara mencapai misi memberikan vaksin kepada seluruh rakyat Malaysia.

YB Tan Sri Muhyiddin Yassin, pada dua hari yang lalu telah mengumumkan kenaikan elaun kepada sukarelawan daripada RM50 kepada RM100 sehari. Namun pastinya bukan itu yang dilihat dan dipandang oleh sukarelawan. Andai jumlah imbuhan menjadi kayu ukur, mereka tidak akan awal-awal lagi mendaftarkan sendiri sebagai sukarelawan. Kenaikan elaun ini juga jelas menunjukkan bahawa impak dan kekuatan sukarelawan dalam membantu proses vaksinasi dan pengurusan COVID-19 mendapat pengiktirafan daripada kerajaan.

Sukarelawan COVID-19 secara purata bertugas lebih daripda 12 jam sehari, melayani penerima vaksin yang datang daripada segenap lapisan umur, satu persatu. Dan tidak sekalipun mereka lelah melontarkan senyuman dan memastikan golongan warga emas terutamanya dilayan dengan begitu baik. Ramai juga sukarelawan yang tak cukup tidur, sehingga nampak lebam di bawah kelopak mata. Namun mereka tetap setia menjalankan tugas memastikan semuanya berjalan lancar.

YB Zuraida Kamaruddin sejak awal telah nampak potensi dan impak berskala tinggi yang ada pada sistem sukarelawan ini. Oleh itu Penggerak Komuniti Negara (PKN) ditubuhkan dan dengan program Mobilisasi Vaksin Komuniti (MOVAK), PKN bertungkus lumus membantu pihak kerajaan dalam memberikan sokongan tenaga kerja melalui:

  1. Unit Mobilisasi: Menyediakan pengangkutan untuk membawa penerima vaksin ke PPV, mensasarkan kepada mereka yang mempunyai kesukaran pengangkutan
  2. Unit Jangkauan Komuniti: Bekerjsama dengan pemimpin komuniti memberikan penerangan program vaksinasi dan mengumpulkan data untuk memastikan tiada rakyat yang terlepas daripada mendapatkan vaksin
  3. Unit Panggilan: Melakukan panggilan berkala kepada penerima vaksin, memastikan kehadiran mereka ke PPV dan mengatur bantuan pengangkutan dan informasi vaksin.
  4. Unit PPV Bergerak: Meluaskan kebolehcapaian vaksin kepada mereka yang sukar untuk bergerak keluar mendapatkan vaksin seperti di rumah jagaan warga emas, rumah jagaan OKU dan kawasan pendalaman

Harapan YB Zuraida Kamaruddin mahu menjadikan sistem sukarelawan sebagai Kuasa Ketiga atau Third Force. Sudah sampai masa sistem sukarelawan ini bukan sahaja dapat membantu rakyat malahan juga memberdayakan rakyat. Rakyat tidak lagi satu entiti yang menuggu dan meminta semata-mata, tetapi mula menggerak dan memberi. Sistem sukarelawan mendidik masyarakat untuk menjadi seseorang yang suka berkhidmat dan rela meletakkan kepentingan orang lain, melebihi kepentingan diri sendiri.

Dari Hakim bin Hiram RA dari Nabi SAW berkata: “Tangan yang diatas lebih baik dari pada tangan yang di bawah, maka mulailah untuk orang-orang yang menjadi tanggunganmu dan sedekah yang paling baik adalah dari orang yang sudah cukup (untuk keperluan dirinya). Maka barangsiapa yang berusaha memelihara dirinya, Allah akan memeliharanya dan barangsiapa yang berusaha mencukupkan dirinya maka Allah akan mencukupkannya”. (HR Bukhari No: 1338) Status: Hadis Sahih

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: