Ular tedung masuk baju budak

PONTIAN: Seorang budak lelaki berusia lapan tahun, terpaksa mengharungi detik cemas hampir setengah jam apabila seekor ular tedung memasuki baju dipakainya, tengah hari tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Johor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.35 tengah hari.null

Beliau berkata, sebuah jentera bersama tiga anggota diketuai Ketua Operasi, Mohd Noor Parmon, dikejarkan ke lokasi kejadian di Kuarters Balai Polis Ayer Baloi.

Katanya, sejurus tiba di lokasi, pasukan itu mengesan seekor anak ular tedung hitam sepanjang kira-kira 0.5 meter berada di dalam baju mangsa.

“Ular itu dipercayai memasuki baju ketika mangsa baring di ruang pantri di rumah itu. Anggota bomba bertindak menggunting baju kanak-kanak terbabit sebelum menangkap reptilia itu menggunakan penjerut.

“Hidupan berbisa itu kemudian dilepaskan di lokasi jauh daripada perumahan awam. Mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan operasi tamat 12.56 tengahari,” katanya.

Sumber : BH Online

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: