Dibebas SPRM, polis pula tahan

Tawau: Tiga individu termasuk ketua sindiket judi haram dalam talian yang sebelum ini ditahan reman bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu rasuah dibebaskan, pagi ini.

Pengarah SPRM Sabah, S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan perkara itu namun enggan mengulas lanjut.

Menurutnya, ketiga-tiga suspek termasuk dua wanita masing-masing berusia antara 23 dan 57 tahun dibebaskan dengan jaminan SPRM, pada 10.30 pagi tadi.

Katanya, semua suspek diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Terdahulu, ketiga-tiga suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula Isnin lalu disiasat mengikut Seksyen 16(b)(B) Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Difahamkan, suspek lelaki tempatan terbabit turut disyaki membayar wang rasuah kepada beberapa anggota agensi penguat kuasa di sekitar daerah ini bagi melindungi kegiatan perjudian tanpa lesen yang dijalankannya sejak beberapa tahun lalu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Peter Umbuas berkata, suspek kini ditahan bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan lanjut atas kesalahan lain.

“Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali dijangka akan mengadakan sidang media khas berhubung perkara ini dalam masa terdekat,” katanya. – HARIAN METRO

oleh Abdul Rahemang Taiming

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: