Helikopter dinaiki Presiden Colombia ditembak

BOGOTA: Presiden Colombia, Ivan Duque, semalam mendakwa helikopter yang dinaikinya telah ditembak ketika terbang berhampiran sempadan Venezuela.

“Ia adalah serangan pengecut, di mana anda boleh melihat lubang peluru ditembak pada pesawat presiden,” katanya dalam satu kenyataan.

Duque mendakwa kejadian berlaku ketika beliau sedang dalam penerbangan bersama Menteri Pertahanan, Menteri Dalam Negeri dan Gabenor wilayah Norte de Santander yang terletak bersempadan dengan Venezuela.

Mereka dikatakan berlepas dari bandar Sardinata dan sedang menuju ke sempadan bandar Cucuta.

“Kami tidak takut dengan keganasan atau tindakan ganas. Colombia adalah kuat untuk berdepan ancaman sebegini,” kata Duque. – BH ONLINE

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: