Imunisasi Selangor rendah bukan sebab bekalan

KUALA LUMPUR: Kadar imunisasi terhadap COVID-19 di Selangor rendah bukan berpunca daripada isu kekurangan bekalan vaksin.

Selangor sebenarnya mempunyai isu kapasiti pemberian vaksin yang rendah, iaitu sekitar 20,000 dos sehari.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin, berkata kerajaan negeri sudah meningkatkan pemberian vaksin kepada 50,000 dos sehari tetapi jumlah itu juga masih rendah dan mesti digandakan kepada 100,000 dos sehari.

“Kita buka lebih banyak pusat pemberian vaksin (PPV) mega dan sebagainya, demi untuk tingkatkan kadar penggunaan vaksin. Justeru, isu di Selangor bukan disebabkan masalah bekalan.

“Sebaliknya, mereka bergelut dengan isu kapasiti penggunaan vaksin dan dikenal pasti sebagai negeri yang merekodkan antara kadar imunisasi terendah di Malaysia,” katanya hari ini.

Beliau berkata demikian selepas meninjau program imunisasi bagi ibu mengandung di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), di sini hari ini.

Yang turut hadir Penasihat Hal Ehwal Kesihatan Awam Perdana Menteri, Tan Sri Dr Jemilah Mahmood. – BH ONLINE

oleh Luqman Arif Abdul Karim

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: