Iran bertanggungjawab atas tragedi pesawat ditembak – Kanada

MONTREAL: Faktor kecuaian, tidak cekap dan mengabaikan nyawa manusia oleh Tehran didakwa merupakan antara punca insiden sebuah pesawat Boeing Ukraine menjadi mangsa tembakan peluru berpandu Iran pada tahun lalu.

Perkara itu terkandung dalam satu laporan rasmi oleh pakar Kanada yang diterbitkan, semalam, meskipun tiada penemuan bukti menunjukkan kejadian berkenaan adalah serangan terancang.

Laporan itu mengesahkan penyiasat forensik yang memeriksa semua bahan bukti sedia ada, tidak menemui sebarang bukti bahawa ia merupakan insiden terancang.

Menteri Luar, Marc Garneau, berkata itu bagaimanapun bukan bermakna Iran terlepas daripada tanggungjawab atas kejadian berkenaan.

“Mereka bertanggungjawab sepenuhnya atas kejadian itu yang berpunca daripada gabungan faktor kecuaian, ketiadaan akauntabiliti, kegagalan sistem kawalan dan arahan, kegagalan menilai risiko, kegagalan menutup ruang udara serta tidak memaklumkan kepada pesawat bahawa ia memasuki ruang udara berisiko,” katanya.

Dalam kejadian 8 Januari tahun lalu, pesawat PS752 milik Ukraine International Airlines (UIA) dalam penerbangan dari Tehran ke Kiev, terhempas sejurus berlepas.

Tragedi berkenaan mengorbankan 176 penumpang serta anak kapal, termasuk 55 warga Kanada dan 30 penduduk tetap negara itu.

Tiga hari kemudian, pasukan tentera Iran mengaku tersilap tembak pesawat berkenaan.

Garneau mendakwa, laporan itu menunjukkan pihak terbabit bersikap cuai, tidak cekap dan mengambil ringan akan nyawa manusia.

“Faktanya adalah jelas bahawa Iran bertanggungjawab atas kematian 176 mangsa,” katanya. – BH ONLINE

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: