Myanmar bakar dadah bernilai lebih AS$500 juta

YANGON: Pihak berkuasa Myanmar membakar dadah bernilai lebih AS$500 juta (RM2 bilion) yang dirampas di seluruh negara itu.

Tindakan itu adalah sebagai amaran bahawa perdagangan bahan itu kembali meningkat selepas penyeludup menyesuaikan diri dengan larangan perjalanan COVID-19.

Pembakaran ganja, heroin, ketamin, ‘ice’ dan pelbagai pil terlarang lain di Yangon itu dilakukan sempena Hari Antarabangsa Menentang Penyalahgunaan Dadah yang diisytiharkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Jabatan Polis Anti-Dadah Myanmar berkata upacara pembakaran turut diadakan di Mandalay dan Taunggyi di negeri Shan, di mana dadah bernilai AS$668 juta (RM2.8 bilion) dihapuskan.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) awal bulan ini berkata, walaupun terdapat sekatan perjalanan COVID-19, pasaran methamphetamine di Asia Timur dan Tenggara secara keseluruhannya berkembang secara berterusan.

Katanya, negeri Shan di Myanmar tetap menjadi sumber utama, yang sering diseludup ke pasar luar negara lebih kaya seperti Australia dan Jepun dalam bentuk kristal lebih kuat.

Badan itu memberi amaran akan berlaku kebanjiran bahan itu, berikutan rusuhan selama beberapa minggu di seluruh negara dan tindakan mogok selepas rampasan kuasa tentera di negara itu.

Kawasan menempatkan Segi Tiga Emas di sempadan Myanmar, Laos dan Thailand, selama beberapa dekad lalu menjadi pusat perdagangan dadah terbesar lagi menguntungkan di Asia Tenggara.

Bukit yang diliputi ladang candu di Myanmar menyediakan lokasi terbaik untuk makmal haram, dengan bekalan bahan kimia yang tidak terkawal dari China. – BH Online

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: