Polis tumpas sindiket penipuan e-dagang, 10 ditahan

PETALING JAYA: Polis menumpaskan satu sindiket penipuan e-dagang hasil serbuan di Lembah Klang, Perak, Kedah dan Kelantan, serta menahan 10 orang termasuk empat wanita, semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Mohd Kamarudin Md Din berkata kesemua suspek yang ditahan berusia 21 hingga 52 tahun.

Mereka terdiri daripada empat pemilik akaun bank manakala selebihnya pemilik alamat Internet Protocol (IP) yang digunakan untuk melakukan kegiatan itu.

“Siasatan mendapati modus operandi sindiket ialah mengiklankan barangan melalui platform e-dagang dan menghubungi pembeli yang berminat sebelum diarahkan untuk berurusan secara terus dengan suspek.

“Namun barang yang dijanjikan tidak diterima setelah bayaran dibuat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata polis merampas tujuh telefon bimbit, tiga komputer riba, 10 kad kredit, tiga modem dan satu passport Bangladesh.

Menurutnya, susulan penahanan itu juga pihaknya percaya dapat menyelesaikan sekurang-kurangnya 28 kes lain.

Sehubungan itu beliau menasihatkan orang ramai supaya berwaspada apabila membuat pembelian barangan dalam talian dan sentiasa berurusan melalui platform e-dagang yang sah.

Pengguna juga digalakkan membuat semakan pengesahan akaun bank serta nombor telefon di sini.

“Elak berurusan secara terus dengan pihak penjual terutama yang tidak dikenali dan tidak mendedahkan identitinya,” katanya.

Selain itu, orang ramai boleh berhubung dengan CCID Scam Resource Center melalui talian 03-26101559 dan 03-26101599 bagi mendapatkan nasihat atau menyalurkan maklumat berhubung kes-kes jenayah dalam talian. – FMT

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: