Saya ke luar negara daftar anak sekolah, kata Nazri

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Padang Rengas, Nazri Aziz, akan ke luar negara untuk membantu mendaftarkan persekolahan anaknya dan akan kembali sebelum Parlimen bersidang.

Wakil rakyat Umno itu berkata, beliau sudah mendapatkan visa diperlukan daripada saluran ditetapkan dan mendapat pelepasan daripada Jabatan Imigresen.

Beliau bagaimanapun tidak dapat memastikan bila tarikh sebenar akan kembali dan memberitahu FMT akan berbuat demikian sebelum Parlimen bersidang.

“Saya perlu kuarantin selama 14 hari, jadi saya akan kembali sekurang-kurangnya 15 hari sebelum Parlimen bermula.

“Tidak ada yang salah. Saya tahu seseorang dari Umno cuba untuk ke luar negara tetapi tidak dibenarkan kerana ada kes mahkamah untuk diselesaikan. Tetapi saya mempunyai pelepasan,” katanya enggan mengulas lanjut mengenai anaknya.

Mengenai laporan beliau akan “bercuti” selama dua bulan, Nazri menjelaskan beliau hanya bergurau bila berkata demikian.

Laporan Malaysiakini menyebut anak lelaki Nazri berusia lima tahun.

Bawah perintah kawalan pergerakan (PKP), rakyat hanya dibenarkan untuk meninggalkan negara jika mereka bekerja, belajar, mesyuarat berkaitan perniagaan, kecemasan atau menemani pelajar.

Sebelum ini, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Edmund Santhara menimbulkan kontroversi selepas dia “hilang” dari negara.

Ahli Parlimen Segamat itu kemudian menjelaskan, beliau dibenarkan bercuti selama 55 hari untuk berada di New Zealand bersama keluarganya, disebabkan isterinya sakit.

Beliau memaklumkan meninggalkan negara pada 23 November dan dikuarantin hingga 9 Januari.

Dia kembali ke tanah air pada pertengah Mac tahun ini. – FREE MALAYSIA TODAY

oleh Minderjeet Kaur

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: