Segelintir atlet Britain enggan divaksin

London: Atlet Britain yang tidak mahu mendapatkan vaksin Covid-19 sebelum berlepas ke Sukan Olimpik Tokyo dilihat bertindak sedemikian kerana bimbang dengan prestasi diri masing-masing berbanding dilabel anti vaksin.

Persatuan Olimpik British (BOA) kekal yakin hampir kesemua 370 atlet akan memenuhi dua suntikan vaksin sebelum terbang ke Tokyo dengan hanya segelintir sahaja masih belum mengambil vaksin.

Difahamkan, sebilangan kecil jumlah atlet itu bimbang kesan sampingan daripada suntikan vaksin berkenaan seperti keletihan dan pening kepala.

Ia sekali gus mungkin akan memberi kesan kepada sesi latihan mereka berikutan temasya sukan terbesar dunia itu akan berlangsung kurang empat minggu lagi.

Bagaimanapun BOA masih berharap kumpulan atlet berkenaan akan mengubah pendirian mereka.

Ketua Eksekutif BOA, Andy Anson berkata: “Lebih 90 peratus atlet British akan mengambil dua suntikan vaksin. Tapi ada beberapa individu yang tidak mahu divaksin.

“Kami akan cuba meyakinkan mereka ia adalah tindakan yang betul untuk dilakukan. Orang ramai sememangnya mempunyai hak untuk membuat pilihan dan kami akan menghormatinya.

“Tetapi tidak semestinya keputusan mereka itu akan memberi manfaat.”

BOA pada bulan ini berkata, mereka berada di landasan tepat untuk memastikan kesemua atlet dan kakitangan akan menerima vaksin sepenuhnya sebelum bermulanya Olimpik. – HARIAN METRO

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: