Sindiket pindah minyak masak subsidi tumpas

PASIR GUDANG: Sebanyak 53,974 kilogram minyak masak bersubsidi dirampas dalam operasi terhadap sebuah kilang di sini, pagi tadi selepas penguat kuasa membuat risikan selama dua minggu.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Johor, Mohd Hairul Anuar Bohro, berkata sindiket itu disyaki menjalankan aktiviti pemindahan minyak masak bersubsidi ke dalam tangki dengan cara memotong plastik polibag menggunakan mesin pengisar.

Bekalan minyak masak bersubsidi berkenaan diperoleh daripada beberapa kilang pembungkus sekitar Kuantan dan Lembah Klang, sebelum dibawa ke Pasir Gudang.

“Daripada jumlah minyak masak bersubsidi yang dirampas, 24,819 kilogram sudah dipindahkan ke tangki manakala 29,155 pek polibag minyak masak masih dalam keadaan paket.

“Sitaan juga dibuat terhadap dua lori treler, dua buah forklift, sebuah motosikal, serta peralatan seperti mesin pengisar, pam compresor, tangki lori, hos getah dan lain-lain peralatan yang disyaki digunakan bagi menjalankan aktiviti penyelewengan minyak masak bersubsidi.

“Semua barangan berkenaan dirampas untuk siasatan lanjut dan jumlah keseluruhan nilai rampasan dianggarkan bernilai RM359,135 ,”katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohd Hairul Anuar, dalam serbuan itu jam 9 pagi oleh 10 pegawai penguat kuasa, pihaknya turut menahan tiga lelaki tempatan berumur 30 hingga 40 tahun.

Mreka adalah pemandu lori dan juga pekerja yang disyaki memindahkan bekalan minyak masak dari lori ke dalam premis tersebut bagi membantu siasatan.

“Premis ini juga tidak memiliki apa-apa kebenaran bagi menyimpan atau berurusan dengan barang kawalan berjadual iaitu minyak masak.

“Terdapat beberapa jenama minyak masak yang disimpan secara tidak sah oleh premis itu. Siasatan juga akan dijalankan ke atas pihak yang membekal minyak bersubsidi kepada premis tersebut,” katanya.

Kes ini disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (Akta 613) AMLATFPUAA 2001. BH ONLINE

oleh Omar Ahmad.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: