Strategi Pemerkasa Plus mula membuahkan hasil

Kuala Lumpur: Keperluan bantuan tambahan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bakal memberi lebih banyak pihak mendapat manfaatnya.

Prof Madya Ts Dr Anuar Shah Bali Mahomed dari Sekolah Perniagaan dan Ekonomi (SPE), Universiti Putra Malaysia (UPM) berkata, Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (Pemerkasa Plus) bernilai RM40 bilion yang diumumkan mula menampakkan hasil khususnya dalam konteks pelaksanaan vaksinasi dengan skala lebih besar.

Katanya, pelaksanaan vaksinasi secara besar-besaran adalah satu-satunya kunci keluar kepada krisis ekonomi dan kesihatan seperti dapat dilihat pada pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat (AS) dan China.

“Di Malaysia, walaupun sasaran yang diletakkan sebelum ini 150,000 dos sehari menjelang akhir Jun 2021, namun data semasa pada ketika ini menunjukkan ia lebih tinggi daripada sasaran ditetapkan. Sebagai contoh pada 21 Jun 2021, kadar vaksinasi sebanyak 235,623 dos dengan jumlah keseluruhan dos yang sudah diberikan melebihi enam juta dos.

“Kita juga berkemungkinan akan menyaksikan terdapat negeri yang akan mencapai imuniti kelompok seawal Ogos dan September.

“Ia secara tidak langsung memberikan harapan kepada pemulihan ekonomi negara dengan tempoh lebih awal dan berkemungkinan peralihan fasa dengan lebih segera atau sekurang-kurangnya mencapai tempoh maksimum setiap fasa yang ditetapkan di dalam Pelan Pemulihan Negara,” katanya kepada Bisnes Metro.

Namun menurutnya, kerajaan boleh mempertimbangkan bantuan tambahan kepada mereka yang masih terjejas disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Antaranya, dengan melanjutkan Program Subsidi Upah (PSU) supaya dapat mengawal kadar pengangguran daripada meningkat.

Katanya, kerajaan boleh mempertimbang untuk meneruskan PSU sekurang-kurangnya sehingga September 2021 dengan membabitkan semua sektor terjejas ketika PKP 3.0.

“Ia termasuk melonggarkan beberapa syarat antaranya bantuan kewangan yang dibayar kepada majikan setiap perusahaan bagi pekerja tempatan yang bergaji RM5,000 dan RM4,000 ke bawah boleh ditambah baik.

“Perkara ini dapat membantu mengawal kadar pengangguran dan mengurangkan kesan khususnya kepada kumpulan B40 dan M40,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan sudah dan akan berbelanja lebih RM4.8 biliion untuk Geran Khas Prihatin (GKP) membabitkan GKP 1.0, GKP 2.0, GKP Permai dan GKP3.0.

“Jumlah Penerima keseluruhan adalah seramai lebih daripada 1.2 juta penerima daripada pelbagai PKS. Namun, sekiranya kerajaan berhasrat untuk melaksanakan GKP 4.0 maka dicadangkan supaya memberi GKP khusus untuk membantu PKS beralih kepada kepada perniagaan berasaskan kepada Ekonomi Digital khususnya perniagaan secara online.

“Inisiatif khas ini secara tidak langsung akan dapat membantu PKS khususnya PKS Bumiputera beralih kepada perniagaan secara online yang lebih menguntungkan ketika ini,” katanya.

oleh Sri Ayu Kartika Amri

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: