“Wira Negara, Jasamu Dikenang”

Perkhidmatan Bomba Malaysia (PBM) atau sekarang dikenali sebagai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berada di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akibat daripada penyatuan PBM, sebuah jabatan di peringkat persekutuan dengan Bomba dan Penyelamat di Negeri-negeri Persekutuan.

Antara fungsi yang dijalankan oleh jabatan ini adalah memadam, menentang, mencegah dan mengawal kebakaran serta melindungi nyawa dan harta sekiranya berlaku kebakaran. Kerja keras yang dikekalkan oleh JBPM ini sangat tidak terbalas walaupun mereka diraikan setiap tahun dalam sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia.

Walaupun tahun ini kita masih berperang dengan pandemik Covid-19, rakyat seluruh Malaysia tidak lupa mengenang jasa dan pengorbanan anggota bomba dengan mengirimkan ucapan di media sosial sempena ulang tahun Hari Anggota Bomba Sedunia 2021 pada 4 Mei yang lalu.

Semasa sambutan tersebut, JBPM melalukan perbarisan, menaikkan bendera termasuk membunyikan siren dan menyalakan lampu bicon serentak di 322 balai seluruh negara sebagai simbolik memperingati jasa serta pengorbanan warga bomba. JBPM juga turut mengadakan majlis bacaan Yasin dan tahlil serta sesi bual bicara secara langsung di media sosial Facebook.

Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia ini disambut secara sederhana tetapi meriah bagi menghormati keadaan dunia sekarang yang masih berdepan dengan pandemik Covid-19.

Oleh: Anas Ahmad

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: