2 lagi suspek kes pecah pejabat kurier ditahan

ALOR SETAR: Polis Kedah berjaya menahan dua lagi suspek disyaki terbabit melarikan peti besi mengandungi wang tunai hampir setengah juta di sebuah pejabat syarikat kurier di sini, Rabu lalu.

Dua suspek masing-masing berusia 23 dan 28 tahun itu ditahan kira-kira jam 2.30 pagi tadi, dalam operasi khas dilancarkan Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah sekitar bandar raya ini.

Sumber berkata, sehingga kini lapan suspek termasuk tiga anggota polis iaitu seorang berpangkat sarjan dan dua koperal yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar sudah ditahan.

“Dua suspek yang ditahan awal pagi tadi adalah orang awam disyaki terbabit bersama melarikan peti besi milik sebuah syarikat kurier yang dipecah masuk.

“Turut dirampas pakaian dipercayai dipakai suspek dalam kejadian terbabit, namun tiada wang tunai ditemui bersama suspek,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi Rabu lalu, sekumpulan penjenayah bertindak memecah masuk dan melarikan peti besi milik sebuah syarikat kurier berdekatan Kampung Berjaya di sini.

Kumpulan penjenayah dipercayai mencabut fius utama bekalan elektrik di bahagian luar premis menyebabkan kamera rakaman litar tertutup (CCTV) tidak berfungsi sebelum mengumpil pintu utama bangunan.

Berikutan itu, polis menahan enam suspek termasuk tiga anggota polis berusia antara 21 hingga 50 tahun dalam operasi khas bermula Rabu hingga kelmarin dan menemui kembali wang tunai berjumlah RM263,295.

Ketika ini, usaha mengesan baki wang berjumlah RM130,000 masih dilakukan dengan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan. -BH ONLINE

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: