Agih sekilogram ikan kembung kepada 1,300 keluarga B40

Manjung: Prihatin dengan mereka yang terjejas dalam berdepan pandemik Covid-19, Kelab Berbasikal Manjung (KBM) mengagihkan 1,300 kilogram ikan kembung kepada golongan itu, hari ini.

Pengerusi KBM Shahrul Nazmie Sharudin berkata, inisiatif sumbangan itu secara tidak langsung memberi manfaat kepada keluarga di 28 Kawasan Rukun Tetangga (KRT).

“Sumbangan ikan segar diserahkan kepada Ketua KRT masing-masing yang akan menyerahkan kepada penerima.

“Kita berharap inisiatif ini dapat mengurangkan belanja dapur keluarga berkenaan walaupun tidak banyak, tetapi sekurang-kurangnya untuk tempoh antara dua hingga tiga hari,” katanya.

Menurutnya, agihan kali ketiga itu mendapat kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Pejabat Daerah dan Tanah Manjung, TNB Janamanjung Sdn Bhd (TNB Janamanjung) dan Umno Bahagian Lumut.

Katanya, sebelum ini inisiatif itu dilakukan untuk membantu ahli kelab yang terjejas ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0 sebelum ia diperluaskan kepada golongan yang memerlukan apabila mendapat permintaan. – HARIAN METRO

oleh Noor Hidayah Tanzizi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: