Arab Saudi hantar teks kepada bakal jemaah haji

Jeddah: Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mula menghantar pesanan teks kepada jemaah untuk mendapatkan permit mengerjakan ibadah itu, lapor Arab News.

Mereka adalah bakal jemaah yang berusia antara 41 hingga 50 tahun.

Keseluruhan jemaah yang berdaftar untuk menunaikan haji seramai 558,270 orang dengan 20 peratus daripada yang diluluskan berusia 41 hingga 50 tahun.

Pencalonan elektronik akan dibatalkan sekiranya mereka tidak melengkapkan prosedur dalam tempoh masa yang ditetapkan bagi setiap kumpulan.

Laman web Kementerian Haji akan mengeluarkan nama calon seramai 550,000 orang untuk pra-pendaftaran.

Proses itu akan diteruskan merangkumi mereka yang berusia 20 tahun ke bawah meliputi tiga peratus daripada jumlah keseluruhan permohonan berdaftar.

Bakal jemaah dalam lingkungan usia berkenaan akan menerima pesanan teks yang memerlukan mereka memenuhi prosedur, pemilihan pakej selain memahami peraturan ditetapkan.

Proses itu diberikan selama 10 jam oleh kementerian berkenaan bagi mengeluarkan permit haji sekiranya syarat ditetapkan dipenuhi bakal jemaah.

Syarat dalam perjanjian antara bakal jemaah dan agensi berkaitan termasuk mengemukakan kad pengenalan diri untuk jemaah, penyediaan gelang hijau yang mempunyai maklumat peribadi, alamat dan nombor telefon sepanjang berada di Tanah Suci.

Selain itu, ia juga akan mempunyai maklumat mengenai perkhidmatan perubatan untuk bakal jemaah lelaki dan wanita. – HARIAN METRO

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: