Artis, Instafamous henti buat ‘drama’ konon divaksin sakit

Kuala Lumpur: Penyanyi, Arrora Salwa menyeru individu yang berpengaruh di media sosial supaya berhenti membuat ‘drama’ mengenai ketakutan untuk disuntik vaksin. 

Arrora berkata, tindakan dibuat-buat itu hanya menimbulkan keresahan dalam kalangan orang awam. 

“Hari ini saya nak bercakap mengenai suntikan vaksin. Alhamdulillah, hari ini saya terima suntikan dos pertama untuk vaksin Sinovac. 

“Saya nak cakap sikit, kepada individu terutamanya yang sudah ada ‘nama’ berhentilah buat drama apabila nak ambil vaksin macam ketakutan sangat, macam sakit sangat.

“Sikap ini yang menyebabkan ramai orang yang belum ambil vaksin macam ‘Eh, Ya Allah. Vaksin ini teruk sangat ke?’,” katanya. 

Tambah penyanyi lagu Fitnah itu lagi, suntikan vaksin tidak menyakitkan dan dia sendiri membuat demonstrasi dengan menepuk bahagian lengan yang disuntik. 

“Itulah yang menyebabkan ramai yang tak datang vaksin, ramai yang sepatutnya pergi vaksin tapi tak hadir, MIA (tidak dapat dikesan). 

“Kamu semua menimbulkan rasa gelisah kepada orang-orang yang belum ambil vaksin. 

“Untuk pengetahuan semua, tak sakit pun. Saya siap tepuk-tepuk. Sudah-sudahlah menarik perhatian,” katanya. – HARIAN METRO

oleh Syafil Syazwan Jefri

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: