Biden didesak tarik balik sekatan perjalanan dari Eropah

WASHINGTON: Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden mendapat tekanan dari kumpulan perniagaan dan diplomat utama untuk membatalkan larangan perjalanan dari Eropah berikutan pelaburan negara itu menjunam hampir satu pertiga tahun lalu.

Ketika ini, AS masih tidak membuka pintu sempadan walaupun negara dalam Kesatuan Eropah (EU) sudah berbuat demikian bagi mereka yang sudah divaksin dan diuji negatif COVID-19.

Tindakan AS itu mengecewakan sektor perniagaan di negara itu dan Dewan Perniagaan AS Jumaat lalu mendesak Washington membenarkan kemasukan pelancong Eropah ‘secepat mungkin’.

Naib Presiden Kanan Dewan Perniagaan AS Hal Ehwal Eropah, Marjorie Chorlins, berkata penyambungan semula perjalanan trans-atlantik yang selamat sangat penting bagi pemulihan ekonomi negara, kerana sektor perniagaan dan pelancongan secara langsung membantu mendorong pertumbuhan ekonomi dan penciptaan pekerjaan bagi orang AS di seluruh negara.

Pelancong dari zon Schengen, Britain dan Ireland dilarang memasuki AS sejak Mac 2020. Larangan yang sama juga dikenakan terhadap pelancong dari Afrika Selatan, Brazil, China, India dan Iran.

Duta Besar EU ke AS, Stavros Lambrinidis, menyatakan kepada AFP bahawa Brussels ‘menggesa’ untuk timbal balik, dan menekankan kesan positif langkah seperti itu terhadap kedua-dua ekonomi.

“Ekonomi dan masyarakat kita saling berkaitan, dan kadar vaksinasi kita adalah yang tertinggi di dunia – sangat penting untuk membuka bahagian Atlantik ini dengan selamat kerana kita sama-sama memulakan ekonomi kita,” katanya.

Semasa lawatan Biden ke Eropah minggu lalu, EU menekankan bahawa hubungan ekonomi dua hala adalah yang terbesar di dunia, yang merangkumi 42 peratus dari Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) global dan perdagangan barang dan perkhidmatan global.

Namun, selain perdagangan, pelaburan besar adalah penting. – BH ONLINE

Source article from AP

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: