Dokumen pertahanan rahsia UK dijumpai di perhentian bas

LONDON: Britain sedang menyiasat mengenai penemuan dokumen rahsia pertahanan berhubung pergerakan kapal perang yang menyebabkan Russia melepaskan tembakan amaran di pesisir pantai Crimea, di sebuah perhentian bas di England.

Kementerian Pertahanan menyatakan, seorang pekerja memaklumkan dokumen itu hilang minggu lalu, dan pihaknya sedang menjalankan siasatan berhubung perkara itu.

“Itu tidak sepatutnya berlaku,” kata Menteri Ireland Utara, Brandon Lewis kepada Sky News.

Beliau berkata; “Perkara itu baru saja dimaklumkan, …siasatan dalaman sedang dijalankan.”

Seorang penjawat awam enggan dikenali memberitahu BBC bahawa mereka menjumpai 50 halaman maklumat terperinci mengenai kes itu di perhentian bas di Kent, selatan England, Selasa lalu.

Menurut BBC, kertas itu antara lain mengandungi maklumat laporan mengenai reaksi Russia terhadap HMS Defender Britain yang melalui perairan Ukraine di pesisir pantai Crimea Rabu lalu.

Rabu lalu, Russia menyatakan mereka melepaskan tembakan amaran ke kapal pemusnah tentera laut Britain di Laut Hitam selepas kapal itu melalui perairan kawasan larangan.

Britain bagaimanapun mempertahankan tindakan kapal berkenaan dengan menegaskan ia berlayar di “laluan yang dibenarkan melalui perairan pesisir pantai wilayah Ukraine yang diperakui undang-undang antarabangsa.

“Menurut Moscow, kejadian itu berlaku di pesisir pantai Cape Fiolent di Crimea, yang kini dikuasai oleh Russia daripada Ukraine pada 2014 sebagai tindakan yang sebahagian besar masyarakat antarabangsa tidak ketahui.

Dokumen berkenaan menunjukkan bahawa pegawai Britain mengetahui bahawa laluan itu sememangnya dikuasai pihak Russia, tetapi sengaja mengambil jalan alternatif yang dianggap oleh Moscow sebagai tindakan pengecut.

“Laluan yang dilalui itu sebaliknya akan ‘memberikan kesempatan untuk berinteraksi dengan pihak berkuasa Ukraine … dalam apa yang diakui oleh Inggeris sebagai wilayah perairan Ukraine,” kata satu dokumen lain.

Khamis lalu, Kementerian Luar Russia memanggil Duta Besar Britain untuk ‘dengan tegas membantah’ kejadian itu.

Jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov menyifatkan apa yang dilakukan Britain itu sebagai ‘provokasi dan tindakan yang disengajakan’.

Kementerian Pertahanan Russia mempertahankan tindakan melepaskan tembakan dan bom di sepanjang laluan kapal perang Britain itu.

Antara dokumen lain yang ditemui di perhentian bas itu adalah dokumen mengenai rancangan kemungkinan kehadiran tentera Britain di Afghanistan selepas berakhirnya operasi Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) di sana. – AFP

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: