Euro 2020: Denmark lakar kemenangan benam Wales

27 Jun 2021: Denmark melakar kemenangan bergaya mara ke pusingan seterusnya dengan menewaskan Wales melalui jaringan besar 4-0.

Perlawanan pertama Pusingan 16 ini dihidangkan dengan aksi-aksi menarik kedua-dua pasukan. Rentak perlawanan juga seimbang dengan Denmark mendepani permainan melalui 53 peratus penguasan berbanding Wales (47%).

Penyerang muda Denmark, Kasper Dolberg menjaringkan dua gol pada separuh masa pertama bagi Denmark mendahului kedudukan 2-0. Dolberg menjaringkan gol mimit ke 27 dan minit 48.

Wales terus longgar dalam pertahanan dan mudah ditembusi pada separuh masa kedua.

Wales seperti kehilangan arah, setelah Denmark membuka jaringan separuh masa kedua melalui Joakim Maehle minit ke 88.

Masa tambahan 6 minit memberi kelebihan buat Denmark apabila menjaringkan gol melalui Martin Braithwaite minit ke 94. Gol ini sebelum itu dibatalkan oleh pengadil kerana offside, namun dibantah oleh pemain-pemain Denmark.

Bantahan pemain-pemain Denmark berjaya apabila pengadil mengesahkan jaringan melalui VAR.

Denmark menjadi pasukan pertama mara ke pusingan lapan pasukan. _PPI Sukan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: