Euro 2020: Itali ke suku akhir

27 Jun 2021: Itali terus mengekalkan rekod kemenangan dan mara ke peringkat suku akhir dengan menewaskan Austria.

Perlawanan yang berlarutan hingga ke masa tambahan menampilkan persembahan bermutu tinggi kedua-dua pasukan walaupun 90 minit sebelum itu tidak menghasilkan sebarang jaringan.

Saingan sebenar muncul setelah masuk babak masa tambahan apabila Itali menjaringkan gol pada minit 95 melalui pemain gantian Federico Chiesa.

Seorang lagi pemain gantian Itali, Matteo Pessina menghasilkan jaringan pada minit 105 untuk meletakkan Itali mendahului 2-0. mengatasi Austria.

Serangan bertali arus kedua-dua pasukan semakin rancak dan beberapa percubaan mencetuskan sensasi perlawanan.

Austria kemudiannya mendapat sepakan penjuru dan akhirnya pintu gol Itali berjaya ditembusi melalui jaringan pemain muda, Sasa Kaladjic.

Jaringan minit ke 114 itu terhasil melalui tandukan rendah dalam sudut sukar yang dilakukan oleh Kaladjic dan mengelirukan penjaga gawang Itali, Gianluigi Donnarumma.

Pemain-pemain Austria terus bergerak dalam cubaan mendapatkan gol penyamaan. Namun tuah tidak menyebelahi mereka.

Menanti pasukan Itali di suku akhir samada Belgium atau Portugal. _PPI Sukan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: