GPMS tolak cadangan pengambilan guru bukan pendidikan

KUALA LUMPUR: Alumni Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) menolak cadangan pengambilan guru bukan bidang pendidikan sebelum mengikuti Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP).

Presidennya, Datuk Syed Anuar Syed Mohamad, berkata pihaknya juga menolak kaedah Kursus Dalam Cuti (KDC), sebaliknya mengikuti program sebagaimana yang dilaksanakan oleh Institut Pendidikan Guru (IPG) kepada siswazah bukan bidang pendidikan termasuk siswazah lepasan luar negara.

Katanya, GPMS memahami masalah kekurangan guru khasnya di Sabah, Sarawak, Selangor dan Johor dan tidak akan berkompromi di dalam perkara yang boleh menjejaskan kualiti guru disebabkan tidak mendapat latihan dan pendedahan secukupnya sebelum melaksanakan pengajaran di bilik darjah.

“Apa sahaja keputusan Kementerian Pendidikan (KPM) mestilah berpaksikan kepada usaha memastikan generasi pewaris diberikan pelajaran terbaik oleh guru-guru terbaik dan terlatih.

“Alumni GPMS juga tidak mahu pendidikan di sekolah menjadi medan membuat keputusan ‘popular’ semata-mata hingga mengadaikan masa depan negara, ibarat menang sorak, kampung tergadai,” katanya dalam satu kenyataan media, di sini, hari ini.

Syed Anuar berkata, Alumni GPMS mencadangkan pemegang ijazah bukan Pendidikan yang mempunyai diploma pendidikan turut diberi keutamaan di dalam proses pemilihan.

“Alumni GPMS juga menggesa KPM meningkatkan kemudahan prasarana pengajaran dan pembelajaran di samping mempercepatkan proses pengambilan pensyarah yang berkurangan di IPG bagi menampung pertambahan pelajar ke IPG.

“Selaras dengan konsep Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR), sumber teknologi sebagai asas pelaksanaan pengajaran digital perlu ditambah baik termasuk diberi tumpuan utama,” katanya. – BH ONLINE

oleh Saadiah Ismail

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: