Hafizh sekadar ke-23 di Belanda

KUALA LUMPUR: Pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah sekadar menamatkan perlumbaan Grand Prix (GP) Belanda, hari ini di kedudukan ke-23.

Ia satu lagi keputusan yang mengecewakan buat pelumba NTS RW Racing GP itu selepas menamatkan perlumbaan di tangga ke-17 ketika GP Jerman, minggu lalu.

Hafizh yang sebelum ini mendapat perhatian daripada Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang bersedia menajanya, menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 39 minit 40.349 saat dengan juara menjadi milik Raul Fernandez dari pasukan Red Bull KTM Ajo.

Seorang lagi pelumba Red Bull KTM Ajo, Remy Gardner menamatkan perlumbaan di kedudukan kedua, manakala Augusto Fernandez yang mewakili Elf Marc VDS Racing Team di tangga ketiga.

Dua pelumba PETRONAS Sprinta Racing, Xavi Vierge dan Jake Dixon menamatkan perlumbaan di kedudukan kelapan dan 18. – BH ONLINE

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: