Komuniti: Tabung khas prihatin & kebajikan diwujudkan PKN Port Dickson

Tanjung Agas, Port Dickson: PKN Port Dickson terus fokus meneruskan usaha kebajikan tanpa sempadan melalui sumbangan barangan keperluan dapur dan bantuan kewangan kepada ibubapa murid Sekolah Kebangsaan Tanjung Agas (SKTA) yang terkesan kerana kehilangan pekerjaan serta sumber pendapatan akibat peningkatan mendadak pesakit COVID-19 khususnya di Daerah Port Dickson.

Situasi ini telah mendorong PKN Port Dickson mewujudkan satu tabung khas prihatin dan kebajikan semua ahli dan anak murid melalui usahasama PIBG sekolah tersebut.

Pengerusi PKN Port Dickson, Rosman Jonet juga Penyelaras Kepada Menteri KPKT Bagi Negeri Sembilan berharap seluruh warga Port Dickson terus bersama melandaikan jangkitan Covid-19 ini dengan mengamalkan norma hidup baharu, mendaftar untuk suntikan vaksin dan keluar dari rumah bila ada keperluan sahaja.

Bantuan dan sumbangan diserahkan kepada Encik Razali Bin Abu, Naib Yang DiPertua PIBG SKTA untuk diagihkan kepada ibubapa dan penjaga murid yang terkesan dengan kerjasama pengurusan sekolah.

Orang ramai yang ingin membantu bagi meringankan beban keluarga dan anak-anak murid ini boleh menyumbang ke akaun;

PIBG SEK KEB TG AGAS, CIMB BANK 8004477762 atau hubungi Cikgu Supiah 013-2029675. _PPI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: