Koperasi Tentera umum dividen 7.5 peratus

PUTRAJAYA: Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Berhad (Koperasi Tentera) hari ini mengumumkan pembayaran dividen 7.5 peratus berjumlah RM124 juta kepada 158,243 anggotanya.

Pengerusi Koperasi Tentera, Mejar Jeneral (B) Datuk Zulkiflee Mazlan, berkata dividen itu merangkumi empat peratus dividen dengan 3.5 peratus bonus.

Katanya, Koperasi Tentera mencatatkan prestasi memberangsangkan walaupun kini terpaksa berdepan dengan cabaran pandemik COVID-19 yang sedang melanda negara.

“Pada tahun lalu, Koperasi Tentera mencatatkan pendapatan bersih sebanyak RM175.8 juta dan selepas ditolak kos operasi dan peruntukan rosot nilai pembiayaan, koperasi ini mencatatkan keuntungan sebelum cukai dan zakat sebanyak RM75.6 juta berbanding RM193.2 juta berikutan penurunan pendapatan.

“Koperasi Tentera tidak pernah alpa dengan objektif penubuhannya yang sentiasa menjaga kepentingan anggota dengan menyediakan perkhidmatan yang terbaik,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Pengumuman pulangan dividen itu diumumkan semasa Mesyuarat Agung Tahunan KT Ke-55 dan Pengundian Pemilihan Anggota Lembaga Koperasi yang julung kalinya diadakan secara maya.

Selain itu, dalam menjaga kebajikan anggotanya, Zulkiflee berkata pada tahun lalu, pihak koperasi turut memberi penangguhan pembayaran balik pembiayaan atau moratorium selama enam bulan bermula April lalu.

“Selain itu, Koperasi Tentera turut menawarkan moratorium secara bersasar selari dengan pengumuman Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (PEMERKASA Tambahan) yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin,” katanya.

Sementara itu, dalam menerokai perkhidmatan kewangan secara digital, Koperasi Tentera turut menyedikan platform e-wallet sekaligus memudahkan anggotanya berurusan terutamanya ketika COVID-19.

“Ini adalah satu pencapaian yang membanggakan dan seterusnya dapat merealisasikan hasrat Koperasi Tentera untuk menjadi institusi perkhidmatan kewangan digital yang disegani dalam gerakan koperasi mahupun industri perkhidmatan kewangan menjelang tahun 2030.

“Usaha tranformasi Koperasi Tentera yang dilaksanakan sedekad lalu, kini sudah mula menampakkan hasil. Ia bermula dengan kejayaan koperasi membangunkan Perkhidmatan Atas Talian dan Aplikasi Perbankan Mudah Alih (KTOnline) yang membolehkan anggotanya mengakses maklumat kewangan mereka dengan mudah dan cepat.

“Sehingga hari ini sebanyak 76,983 anggota sudah menggunakan kemudahan KTOnline. Pendigitalan perkhidmatan ini adalah wawasan kita untuk terus kekal relevan di masa akan datang,” katanya.

Zulkiflee turut memaklumkan Koperasi Tentera kini diiktiraf sebagai satu daripada dua Koperasi Premier oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dalam senarai Profil 100 Koperasi Terbaik di Malaysia pada tahun 2020.

Mengenai mesyuarat secara maya yang diadakan itu, Zulkiflee berkata anggota koperasi mengikuti mesyuarat berkenaan dengan melayari laman http://www.ktagm.com.my dan ia disertai 94,000 anggota dari seluruh negara.

Menerusi mesyuarat berkenaan, pihaknya turut melantik empat orang anggota lembaga pengarah yang baharu bagi sesi 2021/2024. – BH ONLINE

oleh Noor Atiqah Sulaiman

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: