Masa tepat untuk kembalikan inisiatif bantuan, kata Tengku Zafrul

PETALING JAYA: Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz berkata, masanya kini tepat untuk memperkenalkan inisiatif bantuan mirip yang telah diberikan kerajaan sebelum ini.

Dalam kenyataan di Facebook, Tengku Zafrul berkata pengeluaran dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan moratorium pinjaman automatik yang diperkenalkan tahun lalu telah membantu rakyat menghadapi cabaran Covid-19.

“Teringat kembali tahun lalu, bila Kerajaan ini pertama sekali dalam sejarah perkenalkan i-Lestari, i-Sinar dan moratorium automatik untuk membantu rakyat hadapi cabaran Covid-19,” katanya, dengan menambah beliau telah bertemu dengan KWSP dan Bank Negara sejak minggu lalu.

“Dengan Pelan Pemulihan Negara, inilah masa yang tepat untuk kita kembalikan inisiatif sebegini bagi membantu rakyat dan perniagaan.

“Kerajaan tidak pernah putus-putus membantu rakyat dan sentiasa berusaha memikir solusi bersama.”

Katanya, walaupun pada awalnya bantuan berkenaan telah ‘digasak’ segelintir suara yang membangkang, ramai mula menyokong selepas menyedari kesan positifnya terhadap rakyat.

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin ketika mengumumkan lanjutan perintah kawalan pergerakan 3.0 pagi ini, menjelaskan akan mengumumkan perincian pakej bantuan komprehensif pada esok atau Selasa.

Beliau berkata mungkin ada peningkatan dalam bentuk bantuan yang diberikan, terutama untuk membantu perusahaan kecil dan sederhana dan ini mungkin termasuk moratorium pinjaman untuk kumpulan yang memenuhi syarat T20. – FMT

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: