Mustapa mohon maaf langgar SOP

Kuala Lumpur: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed memohon maaf atas pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) ketika mengunjungi sebuah kafe di Kalai, Jeli, semalam.

Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam satu kenyataan memaklumkan Mustapa yang juga Ahli Parlimen Jeli turut menyerahkan sepenuhnya kepada polis untuk mengambil tindakan sewajarnya.

“Mustapa mengaku berada dan dihidangkan makanan di Alfath Café, Kampung Kalai, Jeli semalam.

“Berikutan tersebarnya gambar kehadirannya di kafe itu, Ketua Polis Daerah Jeli menghubunginya tengah hari tadi memaklumkan bahawa kertas siasatan sudah dibuka mengenai perkara ini,” jelas kenyataan itu.

Katanya, Mustapa mengunjungi kafe berkenaan untuk melihat bagaimana seorang pemilik kafe berjaya meneruskan perniagaannya biarpun PKP 3.0.

“Anak muda berusia 26 tahun ini menggunakan sepenuhnya sosial media untuk memasarkan menu yang berasaskan makanan barat,” katanya. – HARIAN METRO

oleh Mohd Nasaruddin Parzi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: