Penjenayah serang polis dengan parang maut ditembak

PETALING JAYA: Seorang individu dalam buruan mati ditembak, selepas menyerang anggota polis dengan parang di kawasan kebun Air Terjun, Bayan Lepas, Pulau Pinang awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Kamarul Rizal Jenal berkata, dua anggota polis cuba menahan suspek yang juga orang dikehendaki di tempat kejadian pada 3.30 pagi tadi.

Sebaik menyedari kehadiran anggota polis, katanya, suspek bertindak agresif dengan menggunakan sebilah parang untuk menyerang mereka, menyebabkan seorang daripada anggota polis itu cedera di tangan.

Beliau berkata, seorang lagi anggota polis terpaksa melepaskan dua das tembakan ke arah suspek untuk mempertahankan diri serta memastikan keselamatan rakan setugasnya.

“Suspek terus rebah dan ambulans dihubungi. Namun, hasil pemeriksaan pegawai kesihatan mengesahkan suspek meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya menurut laporan Utusan Malaysia.

Kamarul berkata, siasatan lanjut mendapati individu itu diburu polis berkaitan kes curi dan memiliki tujuh rekod kesalahan lampau berkaitan kes jenayah serta 15 rekod kes dadah. – FMT

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: