Rugi RM23,400 kerana teruja beli ‘telefon pintar’ murah

Kota Bharu: Teruja mahu mendapatkan telefon pintar iPhone yang ditawarkan pada harga murah, seorang remaja lelaki kerugian RM23,400 apabila menjadi mangsa sindiket penipuan.

Mangsa berusia 18 tahun sebelum itu melayari Instagram pada 13 Jun lalu dan tertarik dengan iklan jualan telefon pintar di negara jiran pada harga RM200 seunit.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kelantan, Superintendan Ahmad Azizul Mohamed berkata, suspek memberi jaminan wang akan dipulangkan jika produk adalah barangan tiruan menyebabkan mangsa tertarik untuk membuat pembelian dua unit telefon pintar berkenaan.

“Mangsa kemudian menghubungi suspek yang menggunakan talian negara jiran sebelum diminta untuk membuat bayaran RM400 iaitu harga promosi ke satu akaun bank tempatan kononnya milik individu terbabit.

“Keesokkannya, mangsa dihubungi suspek meminta membuat bayaran lain berjumlah RM6,000 ke dua akaun bank tempatan milik individu berbeza bagi tujuan pembayaran kad waranti produk yang dibeli.

“Dalam tempoh lebih kurang seminggu, mangsa membuat beberapa transaksi bayaran berjumlah RM12,000 ke tiga akaun bank tempatan milik individu berbeza,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ahmad Azizul berkata, pada 23 Jun lalu, mangsa menerima mesej melalui aplikasi Whatsapp dari satu nombor tidak dikenali kononnya pegawai penguat kuasa negara jiran mendakwa mangsa membeli barangan yang tidak dibenarkan eksport.

Menurutnya, mangsa kemudian diminta membuat bayaran pelepasan sebanyak RM5,000 ke satu akaun bank tempatan sekiranya masih berminat untuk mendapatkan telefon berkenaan.

“Sehari selepas itu, mangsa sekali lagi diminta membuat bayaran pelepasan tetapi ke satu akaun bank di negara jiran sebelum dia mula berasa sangsi.

“Disebabkan masih belum menerima telefon yang dibeli, mangsa tampil ke balai polis untuk membuat laporan. Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya. – HARIAN METRO

oleh Siti Rohana Idris

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: