Bantuan Khas Covid-19: Isi rumah M40 dapat RM250, bujang RM100

PETALING JAYA: Perdana Menteri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan bantuan wang tunai berjumlah RM10 bilion sehingga hujung tahun ini yang bakal dinikmati pelbagai lapisan termasuk isi rumah dan golongan bujang daripada kategori M40.

Beliau berkata, ia merangkumi tiga bantuan, iaitu Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), Bantuan Khas Covid-19 (BKC) dan Bantuan Kehilangan Pendapatan.

“Semasa pengumuman Pemerkasa Tambahan yang lepas, kerajaan bersetuju memberi bayaran tambahan bagi BPR sehingga RM500 pada Julai dan bayarannya akan dibuat secara berperingkat mulai esok, 29 Jun.

“BPR fasa ketiga dengan kadar bantuan antara RM100 hingga RM1,400 akan dibayar pada September nanti. September juga akan melibatkan bayaran ke atas kes-kes lulus rayuan BPR.

“Secara keseluruhannya, nilai BPR sehingga hujung tahun adalah RM4.9 bilion,” katanya ketika membentangkan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) bernilai RM150 bilion hari ini.

Bagi BKC pula, Muhyiddin mengumumkan isi rumah kategori miskin tegar bakal menerima bantuan RM500 bagi Ogos dan September manakala RM300 pada Disember.

Sementara itu, individu bujang kategori miskin tegar menerima bantuan sebanyak RM200 pada Ogos dan RM300 pada November.

“Kedua, isi rumah kategori B40 akan menerima bantuan RM500 pada Ogos dan RM300 pada Disember. Bujang kategori B40 akan menerima bantuan sebanyak RM200 pada Ogos.

“Isi rumah kategori M40 turut menikmati bantuan sebanyak RM250, manakala bujang kategori M40 menerima RM100 pada Ogos,” katanya.

Bagi pakej Bantuan Kehilangan Pendapatan, sebanyak RM500 akan disalurkan pada Oktober depan kepada mereka yang hilang kerja berdasarkan data Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO). – FMT

oleh Nora Mahpa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: