Buku dipulang selepas 70 tahun

Lansing: Sebuah perpustakaan dekat Michigan menerima semula sebuah buku yang dipinjam seorang wanita pada tahun 1940-an.

Menerusi laporan United Press International tempoh pinjaman buku itu sudah mencecah lebih 70 tahun.

Perpustakaan yang menerima buku berkenaan adalah Perpustakaan Daerah Ann Arbor.

Melalui hantaran di Facebook (FB), perpustakaan itu mengatakan pihaknya menerima buku berkenaan yang bertajuk Social Studies in the Public Schools of Ann Arbor, Michigan Grades Three to Six.

Buku itu dipinjam Mary Rowland Fischer yang bekerja sebagai guru seni di Tappan Middle School dan Northside Elementary di Ann Arbor.

Menantu Fischer, Kari Magill mengirimkan semula buku ke perpustakaan untuk dipulangkan bersama sepucuk surat.

Surat berkenaan mengandungi penjelasan Magill mengenai alasan buku berkenaan terlalu lewat dikembalikan.

“Tolong terima pemulangan buku ini. (Fischer) terlupa untuk mengembalikan semula buku ini kerana sibuk membuat persiapan perkahwinannya,” tulis Magill dalam surat itu.

Magill berharap perpustakaan berkenaan dapat mempertimbangkan untuk menghapuskan denda terhadap ibu mentuanya.

“Mungkin pihak perpustakaan mempertimbangkan untuk menghapus denda kerana Mary meninggal dunia pada 1967,” katanya.

Perpustakaan di FB memaklumkan pihaknya tidak mengenakan sebarang denda atas kelewatan itu. – HARIAN METRO

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: