Diskaun bil elektrik antara 5 hingga 40 peratus

Kuala Lumpur: Bagi meringankan beban perbelanjaan bulanan rakyat, kerajaan bersetuju untuk memberikan diskaun bil elektrik antara lima hingga 40 peratus mengikut penggunaan kadar elektrik dengan had maksimum 900 kilowatt jam sebulan.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, diskaun sebanyak 40 peratus akan diberikan kepada penggunaan elektrik bawah 200 kilowatt jam sebulan dan 15 peratus bagi penggunaan antara 201 hingga 300 kilowatt jam sebulan.

“Secara keseluruhan, rakyat akan mendapat diskaun berjumlah RM346 juta dan ia akan berkuat kuasa bagi tempoh tiga bulan mulai bil bulan depan,” katanya dalam pengumuman khas Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih) hari ini.

Muhyiddin berkata, selain itu, bagi sektor ekonomi yang terjejas khususnya pengendali hotel, taman tema, pusat konvensyen, pusat beli-belah, pejabat syarikat pelancongan tempatan serta agensi pengembaraan dan pelancongan, dilanjutkan tiga bulan lagi diskaun bil elektrik sebanyak 10 peratus bagi bil Oktober hingga Disember 2021.

Katanya, dengan pemberian diskaun elektrik kepada pengguna domestik dan bukan domestik ini, kerajaan akan menanggung kos tambahan sebanyak RM1 bilion.

Beliau berkata, syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi utama negara juga bersetuju untuk melanjutkan pemberian satu gigabit data harian secara percuma sehingga hujung tahun ini.

Katanya, langkah itu diambil memandangkan ketika ini kemudahan Internet boleh dianggap utiliti keperluan asas bagi hampir semua aktiviti harian termasuklah bagi pembelajaran, bekerja dari rumah, pembelian barangan secara dalam talian dan perkhidmatan kerajaan serta swasta.

Muhyiddin berkata, kemudahan itu dianggarkan bernilai RM500 juta bakal memanfaatkan 44 juta pelanggan berdaftar di seluruh negara.

“Selain itu, perkhidmatan bank bergerak dilancarkan pada bulan ini di Sarawak dan Bank Simpanan Nasional (BSN) akan memulakan kemudahan itu di Sabah pada Julai.

“Bagi memudahkan lebih ramai rakyat mendapatkan perkhidmatan perbankan, kerajaan akan menawarkan peruntukan sebanyak RM18 juta untuk bank tempatan menyediakan kira-kira 30 unit Bank Bergerak di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak yang bakal merangkumi 250 kawasan dan mukim di luar bandar.

“Melalui inisiatif ini, saudara dan saudari boleh mengakses pelbagai perkhidmatan perbankan termasuk pembukaan akaun; penyimpanan, pengeluaran dan pemindahan wang; pembayaran bil serta perbankan digital,” katanya. – HARIAN METRO

oleh  Murni Wan Omar; Hayati Ibrahim; Sri Ayu Kartika Amri; Suraya Roslan dan Ekhwan Haque Fazlul Haque

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: