Euro 2020: Czech kalahkan Belanda, Belgium mara suku akhir
Republik Czech membuat kejutan menewaskan Belanda pada perlawanan malam tadi dengan keputusan 2-0. Republik Czech mara ke suku akhir.
Rekod terbaik Republik Czech dalam kempen Euro semasa edisi tahun 1996 sebagai naib juara.

Dua jaringan dihasilkan pada separuh masa kedua setelah kedua-dua pasukan bermain secara berhati-hati pada separuh masa pertama. Pemain pertahanan Czech, Tomas Holes menjaringkan gol pertama minit ke 68. Kemudian pada minit ke 80 Republik Czech mendahului 2-0 melalui jaringan penyerang kelab Bayer Leverkusen, Patrick Schick.
Menanti mereka dalam perlawanan suku akhir nanti adalah Denmark.
Pasukan jiran Belanda, Belgium pula meneruskan momentum kemenangan dengan menewaskan Portugal melalui jaringan tunggal pemain tengah mereka, Thorgan Hazard.

Jaringan minit ke-42 itu kekal sehingga tamat masa penuh perlawanan. Permainan seimbang dan berhati-hati sepanjang separuh masa kedua.
Belgium akan menentang Itali pada peringkat suku akhir nanti pada perlawanan hari Sabtu 3 Julai ini. _PPI Sukan