GKP4.0: Bantuan tunai RM1,000 kepada PKS mikro

PETALING JAYA: Kerajaan mengumumkan pelaksanaan Geran Khas Prihatin (GKP) 4.0 membabitkan bantuan tunai sebanyak RM1,000 kepada usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mikro.

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata, penerima yang layak akan dibayar sebanyak RM500 pada September dan RM500 lagi pada November.

“Kira-kira 1 juta usahawan PKS mikro khususnya pengusaha kedai gunting rambut, pemilik bengkel, kedai roti dan kek, pusat penjagaan kesihatan dan lain-lain dapat mengurangkan tanggungan bulanan dan membantu aliran tunai mereka.

“Apa yang penting kepada usahawan mikro yang masih belum pernah mendapat bantuan ini, pendaftaran akan mula dibuka pada pertengahan Julai nanti,” katanya ketika membentangkan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) bernilai RM150 bilion hari ini.

Beliau berkata, secara keseluruhan kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM5.1 bilion melalui inisiatif GKP yang berjaya menyokong kelangsungan perniagaan dalam kalangan peniaga kecil, terutamanya mereka yang masih tidak dibenarkan beroperasi.

Mengenai Program Subsidi Upah (PSU), kerajaan bersetuju melaksanakan PSU 4.0 dengan peruntukan sebanyak RM3.8 bilion yang dijangka memanfaatkan lebih 2.5 juta pekerja.

“Melalui inisiatif PSU 4.0, kerajaan akan menampung sehingga 500 pekerja bagi setiap majikan dengan kadar sebanyak RM600 setiap pekerja selama tempoh empat bulan, iaitu dua bulan bagi semua sektor dalam fasa kedua Program Pemulihan Negara dan dua bulan seterusnya khusus bagi sektor yang dikategorikan dalam senarai negatif semasa tempoh fasa ketiga nanti,” katanya.

Setakat ini, kerajaan sudah membelanjakan lebih RM15 bilion bagi membantu majikan membayar gaji kepada sekitar 2.7 juta pekerja.

Dalam pada itu, Muhyiddin turut mengumumkan syarat had gaji di bawah RM4,000 bagi program berkenaan juga dimansuhkan.

“Ini bermakna majikan boleh memohon PSU 4.0 bagi pekerjanya yang bergaji lebih RM4,000,” katanya. – FMT

oleh Nora Mahpa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: