Hospital Medan ATM ke-6 mula operasi

Kuala Lumpur: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) komited membantu negara dalam menangani penularan wabak pandemik Covid-19 dengan menyediakan Hospital Medan ATM keenam di Labuan bermula Ahad lalu.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang berkata, ATM sekali lagi meneruskan khidmat tugas sekundernya dalam menyediakan Hospital Medan ATM keenam di Wilayah Persekutuan Labuan selepas menubuhkan Hospital Medan Ke-5 di Hospital Tuanku Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB).

Menurutnya, kerjasama sepenuhnya diberikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Labuan, Perbadanan Labuan, Jabatan Kerja Raya (JKR) Labuan serta bantuan khas daripada Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (Malaysian Medical Relief Society-MERCY Malaysia) bagi melaksanakan penubuhan hospital medan ini.

“Hospital Medan ATM Labuan ini memulakan operasi Ahad lalu yangditempatkan di Dewan Perbandaran Labuan bagi merawat pesakit Covid-19 untuk kategori 3, 4 dan 5.

“Aturgerak anggota dan aset-aset ATM serta MERCY Malaysia bagi kerja-kerja pemasangandilaksanakan sejak 22 Junlalu di mana turut dilakukan adalah kerja-kerja sivil, mekanikal dan elektrikal oleh JKR Labuan yang bermula pada 24 Jun lalu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Affendi berkata, berdasarkan keupayaan semasa, ATM menggerakkan beberapa peralatan hospital medan termasuk Kompleks Khemah Drash serta peralatan perubatan dan bukan perubatan yang lain.

“Tidak ketinggalan, turut digerakkan ialah ahli Tim Teknikal Hospital Medan di samping Pakar Bius, Pakar Kecemasan, Pegawai Perubatan dan Anggota Perubatan Kor Kesihatan Diraja,” katanya.

Selain itu, katanya, menerusi bantuan MERCY Malaysia pula, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyediakan sebahagian peralatan perubatan unit rawatan rapi (ICU) yang diperlukan, khemah, pendingin hawa, tenaga sukarelawan kesihatan dan aset logistik am.

Beliau berkata, mereka juga terbabit secara langsung di dalam mengendalikan latihan klinikal kepada petugas-petugas ATM dan KKM.

“Komitmen ATM ini serta kerjasama dengan pelbagai agensi lain akan diteruskan bagi memastikan kesihatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia sentiasa dilindungi, seterusnya membantu negara dalam mengekang penularan wabak Covid-19 ini,” katanya. – HARIAN METRO

oleh Muhaamad Hafis Nawawi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: