JAKIM persiap 160 pegawai untuk tangani kes kemurungan

KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sedang mempersiap 160 pegawai mereka di hospital di seluruh negara dengan kemahiran khidmat psikospiritual, khidmat bimbingan dan “ilaj syarie” (rawatan Islam), untuk menangani kes kemurungan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Zulkifli Mohd Al-Bakri berkata, khidmat pegawai-pegawai ini akan turut diperluas ke agensi-agensi Kementerian Kesihatan (KKM).

Kata beliau dalam catatan di Facebook, perkhidmatan berkenaan disediakan “bagi menangani masalah kerohanian dan kemurungan dalam kalangan pesakit dan juga kakitangan hospital sendiri akibat (wabak) Covid-19 dan permasalahan yang lain”.

“Bagi mencapai matlamat tersebut, seramai 160 peserta yang terdiri daripada Kader Post JAKIM yang berkhidmat di hospital seluruh Malaysia, Pegawai Mesra Ibadah lantikan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, dan ‘spiritual provider’ lantikan Hospital Hospital Rehab Cheras akan diberi latihan,” tambahnya.

Langkah ini diambil di samping MyCareCOV19, iaitu inisiatif JAKIM bersama rakan strategik lain sejak April 2020 dalam menyediakan khidmat nasihat bagi membantu rakyat dalam menangani masalah tekanan dan kemurungan sepanjang tempoh pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP). – FMT

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: