Kerajaan salur RM1 bilion tingkat pemberian vaksin

PETALING JAYA: Kerajaan menyalurkan RM1 bilion untuk meningkatkan kadar pemberian vaksin dengan RM400 juta daripadanya bagi menambah bekalan vaksin di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata, tambahan dana itu akan membolehkan bekalan vaksin yang ditempah kerajaan mencukupi untuk menampung 130% populasi rakyat berbanding 120% sebelum ini.

“Penambahan itu antara lain sebagai stok penimbal tambahan serta memulakan proses vaksinasi bagi 6.4 juta remaja berumur 12 hingga 18 tahun dengan pelajar menduduki Sijil Pelajaran Malaysia tahun ini diberi keutamaan,” katanya.

Bantuan lain diumumkan Muhyiddin bagi meningkatkan vaksinasi di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) bernilai RM150 bilion adalah seperti berikut:

  • RM200 juta untuk membuka 29 pusat pemberian vaksin (PPV) baharu, menaik taraf PPV, melaksana PPV pandu lalu, PPV bergerak dan Outreach Home to Home
  • RM200 juta untuk menyelaras pembayaran elaun khas kepada 14,000 barisan hadapan dalam PICK daripada RM200 kepada RM600
  • RM150 juta untuk menggalakkan pelaksanaan Program Imunisasi Industri Covid-19 Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS)
  • Kerajaan bersetuju majikan yang berdaftar di bawah Perbadanan Sumber Manusia Berhad (atau HRD Corp) boleh menggunakan baki levi semasa sehingga 10% bagi kos pengurusan dan pembelian vaksin
  • Potongan cukai ke atas perbelanjaan merangkumi kos peralatan dan perkhidmatan penyediaan PPV oleh majikan
  • Bersedia mempertimbangkan kebenaran kepada syarikat untuk beroperasi pada kapasiti penuh sekiranya semua pekerja telah lengkap dua dos vaksin
  • Subsidi sehingga RM30 bagi tambang teksi dan e-panggilan untuk OKU serta warga emas ke PPV

oleh Nora Mahpa – FMT

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: