Ketua AMK Selangor terima surat pemecatan

Shah Alam: Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor, Najwan Halimi mengesahkan menerima surat pemecatan jawatan itu daripada AMK Malaysia, pagi tadi.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Anggerik berkata, surat yang diterima kira-kira jam 11 pagi itu menyatakan pemecatan berkuat kuasa serta-merta.

“Saya terima surat tapi bukan pemecatan daripada parti tapi pemecatan jawatan AMK negeri daripada Setiausaha Pusat (Ahmad Syukri Che Ab Razab).

“Pelantikan saya sebagai Ketua AMK Selangor itu adalah hak prerogatif (AMK) Pusat dan saya terima keputusan itu, saya tetap menumpukan khidmat saya sebagai Adun dan dalam masa sama tetap memperkuatkan parti di Selangor.

“Adun adalah tugas hakiki tapi sebagai pimpinan Keadilan dan anggota Keadilan saya masih akan tetap menjalankan untuk membantu parti,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau tidak mengetahui punca pemecatan itu namun memaklumkan pemecatan sebegitu jarang berlaku.

“Saya tidak tahu dan tidak disebut apa sebabnya, kalau ikutkan jarang ketua negeri dipecat serta-merta seperti ini.

“Cuma dimaklumkan surat kepada saya adalah untuk membuat rombakan jawatan itu saja.

“Dia pecat saya itu maknanya seluruh organisasi AMK Selangor itu terpecat sekali dan kena lantik ketua baharu dan kena buat pemilihan dan jawatankuasa negeri baharu,” katanya.

Beliau difahamkan, Ketua AMK Perlis juga menerima surat pemecatan sama sepertinya.

erdahulu, satu kenyataan dimuatnaik di Facebook AMK menyatakan AMK Malaysia mengambil langkah progresif dengan melaksanakan penyusunan semula barisan Majlis Pimpinan MPK (MPAMK) dan rombakan jawatankuasa organisasi AMK Perlis dan Selangor.

AMK memandang keputusan usul itu sebagai satu isyarat untuk seluruh jentera parti bersiap sedia bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU 15) yang boleh diadakan pada bila-bila masa.

Rombakan strategik itu katanya, ia bagi memastikan gerak kerja yang lebih kemas dan tersusun khususnya untuk menarik pengundi anak muda. – HARIAN METRO

oleh Ruwaida Md Zain

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: