Khairy ingatkan Selangor tingkat penggunaan vaksin, akui negeri itu lembab berbanding negeri lain

Selangor belum menggunakan sepenuhnya bekalan vaksin yang dibekalkan Putrajaya kepada negeri itu, kata Khairy Jamaluddin, menjawab dakwaan kerajaan persekutuan melengahkan dos vaksin Covid-19.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin berkata hanya Selangor sahaja yang masih berada di tahap bawah 80% dalam penggunaan vaksin ketika ini.

Beliau turut menafikan dakwaan Exco Kesihatan Selangot Dr Siti Mariah Mahmud kononnya negeri itu tidak menerima dos vaksin yang cukup, mengatakan beberapa jenis vaksin telah dibekalkan berdasarkan kapasiti negeri itu untuk menjalankan pemberian suntikan vaksinasi.

Khairy berkata Selangor masih memiliki baki suntikan vaksin dalam simpanan mereka.

Beliau berkata, untuk semalam sahaja, negeri itu telah menerima 1.36 juta dos vaksin Pfizer, Sinovac dan AstraZeneca.

Daripada jumlah tersebut, hanya 76% sahaja diberikan, dengan baki sebanyak 322,605 dos lagi.

“Saya minta Selangor cepatkan kadar penggunaan vaksin, jadi tuduhan vaksin tidak dihantar tidak betul,” katanya dalam sidang media hari ini bagi mengumumkan PPV baru di Tanjung Karang, Selangor. – MALAYSIA NOW

oleh Farhira Farudin

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: