Kilang produk kesihatan, pekerja dikompaun gagal patuh SOP

Parit Buntar: Pemilik kilang memproses produk perubatan di Kawasan Perindustrian Parit Buntar, di sini, dan enam pekerjanya dikenakan kompaun akibat gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Kesalahan itu dikesan dalam operasi bersepadu yang menjalankan pemeriksaan ke atas dua kilang di lokasi berkenaan, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mazuki Mat berkata, pihaknya mengesan kesalahan di kilang memproses produk kesihatan, manakala tiada kompaun dikeluarkan terhadap sebuah kilang lain.

“Antara kesalahan ialah beroperasi melebihi 60 peratus pekerja, Pengurus Sumber Manusia gagal memastikan pekerja mengimbas kod MySejahtera dan pekerja tidak mengimbas kod My Sejahtera.

“Justeru, kompaun berjumlah RM10,000 dikenakan kepada pemilik kilang dan Pengurus Sumber Manusia, manakala lima pekerja berusia 20 hingga 30-an masing-masing dikompaun RM1,500,” katanya dalam sidang media di Parit Buntar, di sini.

Hadir sama, Pegawai Daerah Kerian Mohd Sabli Bakri.

Pemeriksaan dilakukan Majlis Daerah Kerian (MDK), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta Pejabat Daerah dan Tanah (PDT).

Katanya, tindakan kompaun dibuat mengikut Seksyen 16 (1) Akta 342, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit Pindaan 2021. – HARIAN METRO

oleh Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: