Kos baiki AS$9 juta dinyatakan sebelum kejadian

SURFSIDE: Pemilik unit pangsapuri di Florida yang runtuh Khamis lalu, dikatakan maklum sejak hampir tiga tahun lalu mengenai kos pembaikan bangunan bernilai sekurang-kurangnya AS$9 juta (RM37.35 juta)

Berdasarkan anggaran firma kejuruteraan Morabito Consultants pada Oktober 2018, pemilik di Champlain Towers South perlu membayar AS$80,000 (RM332,080) bagi unit satu bilik tidur hingga AS$300,000 (RM1.25 juta) atau lebih bagi emper.

Penduduk yang unitnya terselamat, Adalberto Aguero, baru sahaja membuat pinjaman bagi menampung bayaran AS$80,000.

“Saya mahu melunaskan bayaran selepas kerja baik pulih selesai dan tidak mahu melakukannya lebih awal kerana kurang pasti, tetapi kini saya batalkan pinjaman sehari selepas runtuhan berlaku,” katanya.

Pihak pengurusan pangsapuri mengemukakan bil terperinci kepada 136 pemilik unit April lalu, menunjukkan sebahagian besar kerja dirancang adalah di kawasan kolam renang dan struktur depan bangunan.

Kos keseluruhan, termasuk kebanyakan item dilihat bertujuan estetik, bernilai AS$15 juta (RM62.25 juta).

Jurutera dan pakar pembinaan menjelaskan dokumen Morabito memfokuskan kepada kerja struktur dan terdapat beberapa pembaikan besar perlu dilakukan secepat mungkin, selain kerja baik pulih atap yang belum dimulakan, kata pegawai.

Anggaran kos diemelkan Morabito Consultants kepada pegawai Surfside adalah antara siri dokumen dikeluarkan ketika usaha mencari dan menyelamat diteruskan di lokasi kejadian.

Sekurang-kurangnya sembilan maut, manakala 150 lagi belum ditemui susulan insiden runtuhan pangsapuri berkenaan, kata pihak berkuasa, semalam.

Satu lagi laporan Morabito 2018 diserahkan kepada pihak berkuasa tempatan menjelaskan pengalisan air di bawah dek kolam renang tidak diletakkan dengan betul, menghalang aliran keluar air.

“Kegagalan pengalisan air menyebabkan kerosakan struktur pada struktur konkrit di bawah kawasan ini. Kegagalan menggantinya dalam tempoh terdekat akan menyebabkan kemerosotan konkrit yang mengembang dengan cepat,” menurut laporan itu. – AGENSI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: