Laporan Israel dakwa ‘hacker’ Malaysia bocor maklumat pelajar

PETALING JAYA: Penggodam dari negara ini didakwa mencuri dan membocorkan maklumat peribadi hampir 300,000 pelajar Israel, lapor The Times of Israel.

Sebuah kumpulan yang dikenali sebagai DragonForce Malaysia mengumumkan mereka telah membocorkan nama, nombor telefon, e-mel dan alamat rumah pelajar dari AcadeMe, salah satu rangkaian pengambilan pekerja dan siswazah terbesar di Israel, menurut laporan itu.

Dalam tangkap layar mesej kumpulan penggodam itu, yang dikongsi The Times of Israel, mereka menamakan operasi itu “#OpsBedil 2.0” dan menyeru agar “penggodam, organisasi dan aktivis hak asasi manusia” bersatu dan memulakan kempen terhadap Israel.

Maklumat kira-kira 280,000 pelajar dari 2014 hingga sekarang dibocorkan bersama kira-kira 100,000 alamat e-mel melalui aplikasi Telegram.

Antara institusi pengajian tinggi yang bekerjasama dengan AcadeMe termasuk Universiti Ben Gurion dari Negev, Universiti Tel Aviv, Open University, Universiti Bar-Ilan, Technion, dan Universiti Haifa, serta banyak kolej lain.

DragonForce Malaysia berkata, pembocoran maklumat berkenaan berkait konflik Israel selama 11 hari baru-baru ini dengan Hamas, kumpulan Islam yang menguasai Semenanjung Gaza.

DragonForce juga dilaporkan menggodam pelbagai rangkaian kamera litar tertutup Israel, termasuk di kediaman dan agensi kerajaan, bulan lalu. -FMT

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: