Mane terharu rasmi hospital

London: Sebuah hospital baharu kini dibuka di Bambali, Senegal hasil sumbangan dana bintang Liverpool, Sadio Mane.

Ketika penjagaan kesihatan tidak dianggap begitu penting, Mane menghadiahkan masyarakat setempat dengan pembinaan hospital pertama di kawasan itu.

Pemain berusia 29 tahun itu terkenal dengan sikap dermawan namun dia tetap merendah diri sekali gus mendapat pujian orang ramai di tempat kelahirannya.

Mane berada di Senegal susulan misi antarabangsa bersama skuad kebangsaan dan kesempatan itu digunakan dengan merasmikan pembukaan hospital terbabit minggu lalu.

Dia bertemu Presiden Senegal, Macky Sall pada awal Jun untuk memberi bantuan dana kepada pembinaan hospital.

Selepas menyumbang £455,000 (RM2.62 juta) untuk tujuan itu, Mane kini sudah mendermakan keseluruhan lebih daripada A$1 juta (RM4 juta) untuk membangunkan tempat kelahirannya termasuk pembinaan sekolah di Bambali pada 2019.

Hospital baharu itu mempunyai jabatan A&E, wad bersalin, pergigian dan bilik konsultasi untuk kemudahan penduduk dari 34 kampung di sekitarnya.

Ratusan penduduk menyaksikan Mane merasmikan pembukaan hospital di Bambali, detik yang diimpikan bintang berjersi nombor 10 itu.

“Saya masih ingat kakak saya melahirkan anak di rumah kerana tiada hospital di kawasan ini,” kata Mane dalam rancangan dokumentari ‘Sadio Mane, Made in Senegal’.

“Ia situasi sangat sedih kepada semua orang. Saya mahu membina sebuah untuk memberi harapan kepada orang ramai.”

”Hospital ini untuk anda, masyarakat Sedhiou.” – HARIAN METRO

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: