Muhyiddin akan umum diskaun 3 bulan bil elektrik bersasar

PUTRAJAYA: Kerajaan bersetuju memberikan diskaun bil elektrik secara bersasar kepada pengguna domestik dan bukan domestik di Semenanjung serta Sabah mulai bulan depan hingga September ini.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Shamsul Anuar Nasarah berkata, kadar potongan itu akan diumumkan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin.

Katanya, ia adalah tambahan kepada pengekalan tarif elektrik untuk semua pengguna domestik dan industri di Semenanjung serta Sabah, selain rebat sebanyak 2 sen/kWj bagi semua pemilik akaun Tenaga Nasional Berhad (TNB) sehingga akhir tahun ini.

Beliau berkata, pemberian rebat tambahan dua sen itu membabitkan peruntukan berjumlah RM493 juta melalui dana Kumpulan Wang Industri Elektrik (KWIE) akan membolehkan semua pemilik akaun TNB menikmati purata diskaun sebanyak 5% sepanjang tempoh itu.

Katanya, kerajaan berbuat demikian dengan mengambil kira cabaran dan kesukaran yang dihadapi rakyat berikutan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

“Apa yang saya umumkan hari ini berbeza berbanding diskaun. Namun, penting kerana kerajaan bersetuju membelanjakan RM493 juta agar tidak berlaku kenaikan tarif elektrik dan mengekalkannya sebagaimana sekarang,” katanya dalam sidang media maya hari ini.

Shamsul Anuar berkata, kerajaan juga akan terus memberikan rebat bil elektrik sebanyak RM40 kepada golongan miskin tegar yang berpendapatan RM1,169 ke bawah.

Sehingga bulan lalu, terdapat 282,182 ketua isi rumah (KIR) yang layak tetapi hanya 113,745 atau 40.31% daripada jumlah itu yang mengemas kini nombor akaun bil elektrik mereka.

“Oleh itu, saya menyeru mereka yang layak untuk mengemas kini nombor akaun dengan pihak utiliti bagi membolehkan mereka menikmati rebat bil elektrik berkenaan.”

Dalam pada itu beliau berkata, kerajaan juga bersetuju memberi rebat elektrik 2 sen/kWj kepada pengguna bukan domestik di Kulim High Technology Park (KHTP) yang mendapat bekalan elektrik daripada NUR Power Sdn Bhd mulai bulan depan hingga 31 Dis ini.

“Ini kali pertama pengguna bukan domestik di KHTP menikmati rebat elektrik sejak mekanisme penetapan tarif Kawal Selia Berasaskan Insentif (IBR) dilaksanakan pada 2017.

“Pemberian rebat ini dilaksanakan berikutan penurunan harga bahan api gas dan bekalan elektrik pukal TNB pada separuh pertama 2021 serta penjimatan daripada pelarasan kos sebenar bahan api bagi Julai hingga Disember 2020.” – FMT

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: