PEMULIH: Peminjam dapat penangguhan bayaran balik

KUALA LUMPUR: Kira-kira 1.6 juta rakyat akan mendapat manfaat menerusi inisiatif berkaitan penangguhan bayaran balik pinjaman, sekali gus berupaya menghadapi tempoh yang sukar ini.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata nilai keseluruhan inisiatif itu dianggarkan berjumlah RM400 juta yang bakal memanfaatkan seramai 1.6 juta rakyat.

“Beberapa agensi kerajaan bersetuju untuk melaksanakan penangguhan bayaran balik pinjaman pelajaran dengan pemberian moratorium bersasar kepada peminjamnya.

“Penangguhan bayaran pinjaman pendidikan itu membabitkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang memberikan moratorium selama tiga bulan kepada peminjamnya.

“Selain itu, bayaran balik Pinjaman Pelajaran Persekutuan di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan bayaran tuntutan ganti rugi penerima Biasiswa Persekutuan turut ditangguhkan sehingga enam bulan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengumumkan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), hari ini.

Seterusnya, beliau berkata, penangguhan bayaran balik Pinjaman Pelajaran Majlis Amanah Rakyat (MARA) untuk tempoh tiga bulan atau penjadualan semula bayaran balik pinjaman dengan ansuran bulanan serendah RM100 selama 12 bulan.

Katanya, kerajaan juga setuju menangguhkan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) selama tiga bulan. -BH ONLINE

oleh Mahani Ishak

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: