PM umum moratorium automatik 6 bulan, i-Citra KWSP

PETALING JAYA: Kerajaan mengumumkan pakej bantuan moratorium automatik pinjaman selama enam bulan kepada semua peminjam individu.

Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin, berkata kemudahan itu juga ditawarkan kepada pengusaha perusahaan kecil dan sederhana yang terjejas tertakluk kepada semakan dan kelulusan bank.

“Tiada lagi syarat seperti pengurangan pendapatan, tiada semakan sama ada anda telah hilang pekerjaan dan tiada lagi dokumentasi yang perlu dikemukakan untuk permohonan.

“Anda cuma perlu memohon dan kelulusan akan diberikan secara automatik,” katanya ketika membentangkan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) bernilai RM150 bilion hari ini.

Muhyiddin berkata, permohonan akan dibuka pada 7 Julai ini.

“Peminjam hanya perlu memohon dan menandatangani perjanjian pindaan syarat-syarat pinjaman yang berkaitan.

“Saya berharap inisiatif moratorium ini dapat sedikit-sebanyak membantu peminjam individu dan PKS dalam menguruskan aliran tunai mereka semasa tempoh yang mencabar ini,” katanya.

Bantuan moratorium itu kali kedua diumumkan kerajaan selepas kali pertama dilaksanakan pada April tahun lalu.

Selain itu, beliau turut mengumumkan pengeluaran simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menerusi program i-Citra dengan pengeluaran maksimum sebanyak RM5,000 serta kadar bayaran tetap RM1,000 sebulan untuk tempoh lima bulan yang boleh dimanfaatkan seramai 12.6 juta ahli.

“Pelaksanaan i-Citra dijangka dapat menyalurkan RM30 bilion kepada rakyat untuk menampung keperluan harian.

“Ahli boleh mula memohon kemudahan pengeluaran KWSP di portal dalam talian i-Citra di icitra.kwsp.gov.my mulai 15 Julai 2021, dengan pembayaran pertama dijangka dikreditkan dalam akaun ahli pada Ogos 2021,” katanya.

Bagi meringankan beban peminjam pendidikan, Muhyiddin berkata, PTPTN bersetuju memberikan moratorium bersasar selama tiga bulan kepada peminjamnya.

“Kerajaan juga bersetuju menangguhkan bayaran balik pinjaman pelajaran persekutuan di bawah JPA dan bayaran tuntutan ganti rugi penerima biasiswa persekutuan sehingga enam bulan serta menangguhkan bayaran balik pinjaman pelajaran MARA untuk tempoh tiga bulan atau penjadualan semula bayaran balik pinjaman dengan ansuran bulanan serendah RM100 selama 12 bulan.

“Kerajaan juga bersetuju menangguhkan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) selama tiga bulan,” katanya.

“Nilai keseluruhan inisiatif ini dianggarkan berjumlah RM400 juta dan akan memanfaatkan seramai 1.6 juta rakyat.”

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata pemegang polisi insurans dan takaful yang terjejas juga boleh memohon penangguhan pembayaran premium insurans dan sumbangan takaful (secara opt-in) yang akan dilanjutkan sehingga 31 Disember.

“Inisiatif ini merangkumi pemegang polisi dan sijil insurans hayat dan takaful keluarga. Lebih satu juta rakyat dijangka memperoleh manfaat daripada pelanjutan yang dianggarkan sebanyak RM2.6 bilion,” katanya. -FMT

oleh Nora Mahpar

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: